Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Gara-gara Bagi ‘Phone’ Kat Anak Untuk PDPR, RM2,600 Dalam Akaun ‘Melayang’ Sebab Beli ‘Game’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kejadian anak menghabiskan ratusan hingga ribuan ringgit dalam akaun bank gara-gara bermain game online memang satu pengalaman yang cukup ‘mengerikan’ bagi golongan ibu bapa.

Mungkin pada awalnya kita berikan mereka telefon untuk tujuan belajar, bermain game, menonton video dan sebagainya. Tapi bak kata pepatah, ‘malang itu tidak berbau’.

Baru-baru ini, Puan Nor Liyana Abdullah menerusi Facebook berkongsi pengalamannya tentang karenah si anak yang menggunakan telefonnya untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

Namun lain pula yang terjadi apabila si anak membeli aksesori game online hingga duit dalam akaunnya ‘melayang’ sebanyak RM2,600. Mari ikuti perkongsian ini dan semoga menjadi pengajaran buat semua.

Gambar: Liyana

Dalam perkongsian itu, Liyana menulis;

Gara-gara PDPR, bagi phone kat anak. Semasa PDPR curi-curi main game. Sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak RM2,600 diorang beli game. Pening weh, pening.

Bila perasan duit hanya tinggal RM2.00 dalam akaun baru nak check, rupanya selama ni dia beli benda ni. Ya Allah, tak tau nak fikir macam mana? 

Macam mana boleh beli sedangkan nombor TAC tak sampai. Bila check dalam Gmail baru perasan bil-bil game ni. Semak dengan bank, total keseluruhan pembelian RM2,600.

Ya Allah, dugaan PDPR. Ibu bapa kena ambil tahu ye anak kita main game apa. Tiba-tiba baru teringat kisah Zarina Zainuddin yang anaknya beli game sampai RM20k.

Gambar: Liyana

Perkongsian Liyana ini dikongsi lebih 2,00o kali dan menerima pelbagai maklum balas daripada netizen. Rata-rata mereka bersimpati dengan masalah yang menimpa, di samping ada juga yang berkongsi pengalaman yang serupa.

Jelas Liyana, anaknya menggunakan telefon lama milik kepunyaan suaminya. Dalam masa sama, akaun Google yang digunakan pada telefon itu menggunakan akaun Gmail ayahnya.

Seterusnya menerusi perkongsian Aslyna di bawah ini, anaknya juga berbuat perkara yang hampir serupa. Pernah terjadi pada satu malam, anaknya membuat pembelian aksesori untuk game yang nilainya mencecah ratusan ringgit.

“Saya kena RM600 nasib baik saya check kalau tak, melarat. Saya sebelum ni bil phone main bayar je tak tengok bil. Satu hari saya hairan, kenapa bil mahal sebab tak pernah tangguhkan bayaran. Bila check dengan centre, anak beli aksesori game online. Nasib dia tak pilih yang paling mahal RM399. Dalam satu malam dia beli aksesori untuk game online RM600. Dia beli aksesori macam baju la untuk dalam game tu pakai. Saya terus ambil balik kad sim dan call centre untuk blok semua pembelian,” katanya.

Smeentara itu Mohd Tarmizi berkongsi cara untuk mengelakkan perkara ini terjadi lagi. Mungkin tips yang diberikan ini boleh digunakan oleh ibu bapa di luar sana.

“Beli HP satu dan beli kad sim satu yang jenis unlimited data, tapi pastikan nombor tu tiada masalah. Banyak kategori nombor yang bermasalah dan jangan sesekali bagi guna nombor HP rasmi yang ada link dengan akaun bank atau emel company atau peribadi. Benda nak jadi, dah terjadi. Sabarlah, tapi begitulah. Jangan guna nombor HP rasmi untuk anak-anak main. Yes no yes no last-last transaction completed.” katanya.

Sumber: Nor Liyana Abdullah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.