Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Ikan Emas Bersaiz ‘Bola Sepak’ Dilapor ‘Jajah’ Tasik Setelah Bertahun-Tahun Orang Buang Ikan Peliharaan Dalam Tasik

Sejumlah ikan emas ‘berukuran bola sepak’ telah ditemui di sebuah tasik tempatan, di kota Burnsville, Minneapolis baru-baru ini, lapor Daily Star.

Members of the public are being urged to not dump their unwanted pets in bodies of water

Menurut sumber, ikan yang sangat besar itu telah dilepaskan ke tasik. Kini, ia telah mengambil alih kawasan itu setelah bertahun-tahun ikan peliharaan dibuang ke dalam air oleh manusia. Bukan hanya itu, sejumlah besar spesies humungous juga dilaporkan turut ditemui.

Ahli konservasi dikatakan telah menasihati penduduk agar berhenti melepaskan ikan emas peliharaan mereka ke dalam tasik. Hal ini kerana ia boleh membesar menjadi spesies invasif (spesies asing yang diperkenalkan kepada ekosistem dan boleh menyebabkan kerosakan).

Malah, ikan emas kecil akan membesar dan ‘merosakkan’ sedimen (dasar) tasik dan mencabut/memusnahkan (tumbuhan dan akarnya) dari tanah.

Sebuah ciapan Twitter oleh bandar itu ada mengatakan, “Jangan lepaskan ikan emas haiwan kesayangan anda ke dalam kolam dan tasik! Ia tumbuh lebih besar daripada yang anda fikirkan dan menyumbang kepada kualiti air yang buruk. Ia akan merosakkan endapan dan mencabut tanaman. Kumpulan ikan emas besar baru-baru ini baru sahaja ditemui di Keller Lake“.

The usually small fish are growing to large sizes in lakes and ponds

Walau bagaimanapun, sumber mengatakan bahawa ikan emas peliharaan yang mencari rumah baru di perairan bukanlah menjadi isu baru. Hal ini berikutan spesies ini telah dianggap sebagai “pakai guna” (disposable) sejak awal tahun 1800-an.

Semuanya bermula apabila ikan emas ini dijadikan ‘trend‘ untuk dijadikan hadiah di ‘funfair‘ dan ini menyebabkan ia turut tidak diendahkan. Bukan itu sahaja, ikan emas dipercayai telah digunakan sebagai umpan.

Thousands of large goldfish are being removed from wild waters in various countries

Pada tahun lalu di Minnesota, sejumlah 30,000 – 50,000 ikan emas dipercayai telah dikeluarkan dari perairan berdekatan Carvery County. Malah, ikan besar ini turut ditemui di kawasan lain termasuklah di Washington, Canada dan Australia.

Kesan daripada pembuangan, ikan ini dilaporkan pernah menelan belanja kerosakan bernilai berbilion dolar setiap tahun, jelas Perkhidmatan Ikan Dan Hidupan Liar AS.

Menurut mereka, agak sukar untuk membayangkan kehancuran yang disebabkan oleh ikan kecil itu. Namun, ia memiliki ‘kemampuan untuk mengubah kualiti air secara drastik’.

Sumber: DailyStar.co.uk

Nurul Nabila