Siakap Keli

KWSP Cadang Guna 5 ‘Web Browser’ Ini Kalau Nak Mohon i-Citra Untuk Paparan Terbaik

Seperti mana yang kita tahu, permohonan pengeluaran i-Citra boleh dibuat hari ini, 12 Julai seperti yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seperti mana yang kita tahu, Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup.

Ahli boleh membuat pengeluaran sehingga maksimum RM5,000 dan bayaran tersebut akan dikreditkan sehingga lima bulan. Bayaran tetap adalah RM1,000 sebulan tertakluk pada jumlah baki simpanan. Bayaran minimum adalah sebanyak RM50.

Jadi, bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku, KWSP telah berkongsi beberapa pelayar web atau ‘browser’ internet yang pantas dan lancar untuk orang ramai mendaftar i-Citra pada hari ini.

Berikut adalah lima(5) pelayar web yang boleh digunakan untuk paparan terbaik.

  • Google Chrome
  • Safari
  • Opera
  • Firefox
  • Edge

 

Sumber: KWSP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.