Siakap Keli

Periksa Dulu, Hanya Status Risiko Warna Biru, Kuning Dan Jingga Di MySejahtera Dibenarkan Masuk ke PPV

Penerima vaksin diingatkan untuk membuat semakan status risiko sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) melalui aplikasi MySejahtera.

Hal ini berikutan kes penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas yang berlaku di PPV Idea Convention Centre Shah Alam (IDCC). Justeru, untuk langkah berjaga-jaga, penerima-penerima vaksin perlu membuat semakan status risiko di Mysejahtera sebelum keluar dari rumah.

Ini adalah panduan terkini yang telah dikemaskini. Sila semak status risiko di MySejahtera sebelum keluar rumah, termasuk jika sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk vaksinasi.

Jika dalam paparan Mysejahtera anda berwarna merah, jingga dan kuning seperti di bawah dengan tanda berisiko, penerima vaksin tidak dibenarkan untuk masuk ke PPV.

Bagi paparan status Mysejahtera yang berwarna biru, kuning dan jingga dengan tanda risiko rendah, dibenarkan masuk ke PPV.

 

Sumber: JKJAVMY

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.