Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes tertinggi dengan bacaan sebanyak 11,079 kes setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita adalah 855,949 kes.
Menerusi pecahan kes baharu mengikut negeri yang direkodkan hari ini menunjukkan negeri Selangor kekal mencatat kes tertinggi dengan 5,263 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1,521 kes.
Selain itu, Negeri Sembilan juga turut mencatat kes tinggi dengan bacaan 1,033 kes diikuti dengan negeri Kedah iaitu 497 kes. Bagaimanapun, Perlis kekal mencatat sifar kes baharu.
Pada 13 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,079 kes.
Pecahan setiap negeri:
Selangor : 5,263 kes
WPKL : 1,521 kes
Johor : 406 kes
Sabah : 239 kes
Sarawak : 472 kes
Negeri Sembilan : 1,033 kes
Pulau Pinang : 234 kes pic.twitter.com/U0Bk5j8ajJ— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 13, 2021
Sumber: DG Noor Hisham