Siakap Keli
Gambar: Simplyhomy/IDNTimes

Tujuh Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Di Bulan Zulhijjah

Sedar tak sedar, kita sudah masuk ke bulan Zulhijjah iaitu bulan Islam terakhir sebelum menghampiri bulan Muharam kembali. Tidak lama lagi, umat Islam akan merayakan Hari Raya Korban atau Aidiladha iaitu pada 20 Julai bersamaan 10 Zulhijjah.

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah berkongsikan infografik mengenai beberapa amalan yang sunat dilakukan ketika di bulan Zulhijjah.

Antara amalan-amalan sunatnya ialah:

  1. Berpuasa sunat
  2. Perbanyakkan solat sunat dan berqiamullail
  3. Perbanyakkan bacaan al Quran
  4. Perbanyakkan zikir
  5. Perbanyakkan doa
  6. Banyakkan bersedekah dan membantu orang yang di dalam kesusahan
  7. Berbuat baik kepada ibu bapa dan banyak bertutur tentang perkara yang baik.

Sumber: Twitter @pejabatmuftiwp

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.