Siakap Keli
Gambar: TikTok @thedancedoc & Google

(Video) Kisah Pesakit Ini Bermula Dari Sakit Gigi Je, Nanah Merebak Hingga 1 Liter Dalam Paru-Paru

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penjagaan gigi dan gusi atau penjagaan oral adalah sangat penting tidak kira lapisan umur. Selain daripada faktor kebersihan, penjagaan oral juga sangat penting dari segi kesihatan.

Kita sepatutnya melakukan pemeriksaan gigi secara rutin sekurang-kurangnya dua kali setahun. Tapi tak dinafikan, masih ramai yang mengambil ringan terhadap pemeriksaan rutin ni kerana dianggap tak memberi dampak yang besar kepada diri.

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @thedancedoc ini mungkin dapat mengubah persepsi korang pasal kepentingan pemeriksaan rutin ni. Dalam video tersebut, dokor ni menceritakan pengalaman ‘ngeri’ pesakitnya yang terpaksa menjalani pembedahan berawal mula dari sakit gigi je.

Menurut Dr Amir, pesakitnya mengaku memang dah ada gigi berlubang sejak dua tiga tahun lepas. Setelah gusinya membengkak awal tahun ni, pesakit tu kemudian berjumpa doktor gigi dan didapati ada nanah. Dua tiga hari kemudian leher pesakit tu pulak bengkak dan terpaksa dibedah untuk keluarkan nanah tersebut.

Tak habis kat situ, lepas X-Ray bahagian dada, rupanya nanah dah merebak ke paru-paru. Lepas nanah dikeluarkan melalui tiub, rupa-rupanya dah ada satu liter dalam paru-paru.

Jadi korang pun jangan lupa buat pemeriksaan gigi secara rutin kalau taknak jadi macam ni.

@thedancedoc

#diasebenarnyamacamginiye pulmunory actinomycosus jangkitan paru paru berasal dari mulut yang tidak bersih

♬ bunyi asal – GREATteacherONIZUKAdoc – GREATteacherONIZUKAdoc

Sumber: TikTok @thedancedoc

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.