Minyak masak dalam rumah korang biasanya akan buang bila? Bila dah hitam dan likat ataupun korang guna je sampailah dia sendiri terserap dalam makanan?
Tetapi tahu tak sebenarnya kita perlu kerap menukar minyak masak yang sudah digunakan? Minyak masak yang diguna secara berulang kali pastinya akan memberi kesan buruk pada kesihatan kita.
Jadi, berikut adalah perkongsian daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai 6 tanda minyak masak korang perlu ditukar ganti.
Bila kita wajib tukar minyak masak?
1. Warna minyak menjadi perang pekat
2. Minyak berbau tengik
3. Warna makanan digoreng tidak menarik
4. Minyak jadi lebih likat
5. Asap banyak dihasilkan ketika dipanaskan
6. Rasa makanan digoreng tidak sedap
Oleh itu, harap selepas ini korang tak simpan dah minyak masak yang sudah ‘rosak’ itu. Jangan sebab sayang tak nak membazir, korang gadaikan kesihatan betul tak?
Belajar sesuatu hari ini? Kongsikan pada yang lain.
Dan jangan lupa untuk likes FB Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk banyak lagi info keselamatan makanan.
Sumber: Public Health Malaysia