Ahli-ahli jemaah menteri sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Menerusi satu kenyataan media, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini (14 Julai).
Kenyataan turut memaklumkan memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.
Menurut kenyataan itu, keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19.