Siakap Keli

Bukan Untuk Simpan Syiling, Ketahui Fungsi Asal Poket Kecil Ini ‘Wujud’ Di Seluar Jeans Anda

Bercakap tentang ini rasanya agak mustahil untuk seseorang lelaki atau wanita moden pada zaman sekarang tidak memakainya. Sekurang-kurangnya mereka mesti ada lebih dari dua helai seluar jean dalam almari.

Tidak dinafikan, seluar jean kini menjadi salah satu item pakaian yang cukup sinonim dengan kehidupan kita. Selain ia tahan lasak, ia juga memberi demensi gaya buat seseorang.

Mungkin kita perasan setiap kali kita memakai seluar terutamanya seluar denim atau ‘jeans’ terdapat satu poket kecil, biasanya pada bahagian kanan poket seluar. Tak kisahlah jenama apa sekali pun kebanyakan seluar jeans pasti akan disertakan dengan poket kecil ini.

Korang mesti beranggapan poket kecil ini untuk menyimpan duit syiling kan? Tetapi sebenarnya kita silap, boleh jadi akan ‘bergelut’ untuk keluarkan duit syiling dalam poket tu, nak-nak lagi bila waktu kecemasan.

Diperkenalkan sejak tahun 1987

Poket kecil di seluar jean ini dikatakan telah mula diperkenalkan pada tahun 1987 lagi. Ia satu jangka masa yang sangat lama. Jadi, tidak hairanlah kenapa ramai yang tidak tahu asal usul ia diperkenalkan.

Kegunaan sebenar poket kecil di seluar

Sebenarnya, poket kecil tersebut pada asalnya diberi gelaran ‘watch pocket’ atau poket jam. Rekaan pertama di dunia ini mula diperkenalkan oleh jenama Levi Strauss atau Levi’s yang cukup terkenal hingga sekarang.

Pada era zaman 80-an, kebanyakan koboi di Amerika Syarikat akan menyimpan jam poket di dalam poket seluar kecil tersebut.

Walaupun sekarang sudah tidak digunakan lagi poket jam tersebut, namun ia tetapi direka seperti itu kerana ia sudah terkenal dengan rekaan berkenaan.

Jadi, itulah sebenarnya asal-usul poket kecil yang terdapat di semua seluar jean yang diperkenalkan di pasaran sehingga sekarang. Mungkin sekarang ini, korang hanya boleh ‘santai’ dengan memasukkan dua jari untuk bergambar atau ketika berdiri bersahaja.

 

Sumber rujukan: Reader’s Digest

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.