Jangan lepaskan peluang untuk melakukan semakan arah kiblat yang tepat di tempat anda sempena fenomena Istiwa’ A’dzam yang berlaku setiap tahun.
Tahukah anda apa itu fenomena Istiwa’ A’dzam?
Istiwa’ utama Matahari atau Istiwa A’zam di Kaabah merupakan fenomena Matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa’. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa’ Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah).
Apabila Istiwa utama Matahari berlaku, bayang-bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah.
Inilah waktu yang sesuai untuk menandakan dan membuat semakan arah kiblat. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak yang menyemak dan menentukan arah kiblat di mana sahaja pada tarikh ini.
Fenomena ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada:
- 28 Mei pada jam 5.15 petang waktu tempatan dan 27 Mei jika tahun lompat
- 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan dan 15 Julai jika tahun lompat.
Ini panduan membuat semakan arah kiblat
- Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak semak arah kiblatnya.
- pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakkannya dengan menggunakan sebarang pemberat yan diikat di hujung tiang berkenaan.
- Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung daripada cahaya matahari.
- Tepat pada masanya iaitu pada 15 Julai 2021 jam 5.28 petang (bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah persamaan dengan arah kiblat. )
Oleh kerana Matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur maka kiblat ialah arah yang bertentangan.
Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan