Siakap Keli
Kredit: FB Muhyiddin Yassin

HTAR Nafi Isu Jabatan Kecemasan ‘Dikosongkan’ Ketika Lawatan PM Semalam

Kenyataan tular mendakwa Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang ‘dikosongkan’ kerana menerima lawatan Perdana Menteri pada Selasa adalah tidak benar.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd Rawi sebaliknya berkata, jabatan tersebut sememangnya telah penuh dengan pesakit dan mereka yang masih belum menerima rawatan setakat semalam adalah seramai 177 orang.

Dalam pada itu, pemindahan pesakit COVID-19 ke Kompleks Rawatan Harian (ACC) yang ditukarkan fungsi sebagai Wad COVID-19 adalah pelan kontigensi yang diambil bagi pengurusan bencana peringkat hospital.

“Pada 8 Julai, Wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenal pasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

“Manakala pada 9 Julai, ACC telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad sementara merawat pesakit COVID-19 demi memastikan mereka mendapat rawatan dalam ruang yang selesa.

Oleh itu, katanya kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 ke Wad COVID-19 Berisiko Rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad dan ianya bukan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Untuk rekod, trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah antara 150 hingga 180 pesakit setakat ini.

Sumber: Kenyataan media HTAR

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.