Bukan mudah sebenarnya bagi setiap ibu untuk menjaga bayi terutama bagi yang pertama kali melaluinya. Manakan tidak, banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terutama ketika anak kecil itu dalam proses membesar.
Salah satu masalah yang sering menjadi kerisauan para ibu adalah apabila bayi masing-masing tidak mahu untuk meminum susu dari botol. Ia merupakan masalah yang besar bagi ibu yang bekerja kerana anak mungkin akan meragam untuk tetap menyusu dada.
Tetapi, apakah punca sebenarnya yang menyebabkan bayi tidak mahu botol susu tersebut? Kaunselor Laktasi Bertauliah, Nad Masrom ada berkongsikan mengenai punca-punca tersebut dan cara untuk melatih bayi suka kepada botol susu.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Punca bayi taknak botol?
PUNCA BAYI TAK NAK BOTOL?
Salah satu kerisauan ibu-ibu bila bayi tak nak botol susu langsung.
Ibu akan naik kerja tak lama lagi. Walaupun sekarang ada yang WFH, perlu juga beri bayi botol sebab komitmen kerja ibu yang tak boleh elak. RT post ni.
— nadmasrom (@nadmasrom) July 7, 2021
Ada beberapa faktor yang akan menyebabkan kesukaran bayi untuk terima botol:
❌ Ibu sendiri yang beri
❌ Jenis susu perahan (bayi tak suka susu beku biasanya untuk kali pertama)
❌ Puting yang kurang sesuai (besar, keras, tidak peristaltik)
❌ Bayi dipaksa
❌ Lewat ajar botol— nadmasrom (@nadmasrom) July 7, 2021
Paling lewat, ibu boleh latih 2 minggu sebelum naik bekerja. Pastikan ibu lakukan latihan pemberian botol secara berkala.
1️⃣ x botol pada hari 1-3
2️⃣ x botol pada hari 4-6
3️⃣ x botol pada hari 7-9
4️⃣ x botol pada hari 10-13 pic.twitter.com/WLyiPDt8Vl— nadmasrom (@nadmasrom) July 7, 2021
✅ Pemberian botol ini boleh dilakukan mengikut jadual ibu bekerja. Sebagai contoh, lakukan latihan pemberian botol dari pukul 8 pagi hingga 4 petang manakala waktu yang lain adalah penyusuan secara terus.
— nadmasrom (@nadmasrom) July 7, 2021
Saya banyak berkongsi info penyusuan di telegram.https://t.co/Pq7KL41Oi3
— nadmasrom (@nadmasrom) July 7, 2021
Sumber: Nad Masrom