Kedatangan Aidiladha saban tahun amat simbolik dengan satu ibadah yang amat dituntut di dalam Islam iaitu ibadah korban. Seperti yang semua maklum, Aidiladha akan disambut di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Sebenarnya, ramai juga yang mempunyai niat melaksanakan ibadah korban. Namun, kebanyakannya memilih untuk menunggu tabungan mencukupi untuk ‘menumbangkan’ seekor lembu yang nyatanya memerlukan kos yang agak tinggi. Dengan komitmen bulanan yang agak membebankan, ianya akan menyebabkan niat untuk melaksanakan korban terus tertangguh.
Sesuailah untuk menggambarkan situasi ini dengan abang Jamil yang nak join ibadah korban, tapi menunggu untuk cukup seekor lembu. Dengan komitmen bulanan yang terpaksa ditanggung, niat tersebut terus tertangguh.
Tapi niat dalam hati nak laksanakan korban, kalau nak tunggu cukup seekor lembu, belum tentu lagi abang Jamil mamm…pu pun tak tahu bila masanya. Niat tu dah bagus.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut bukanlah penghalang untuk Abang Jamil melaksanakan niat murninya itu. Seekor lembu sebenarnya boleh dilaksanakan kepada tujuh bahagian, jadi Abang Jamil boleh mengajak kenalan, atau ahli keluarga untuk menyertai dalam ibadah korban. Kan mudah dan kos menjadi lebih murah.
Kan dah boleh laksana ibadah korban, takdelah tertangguh lagi dan lagi sampai Abang Jamil Mam…pu untuk seekor lembu.
Ibadah korban dari RM350
Pelaksanaan ibadah korban tidak semestinya boleh dilakukan di dalam negara sahaja, tetapi ada juga yang memilih untuk melaksanakannya di luar negara. Selain harga yang lebih murah, penduduk di luar negara seperti di Palestine, Benua Afrika dan Bangladesh yang ramai fakir dan miskin juga menjadi penyebab ada golongan yang lebih gemar untuk melaksanakan korban di luar negara.
Dengan serendah RM350 sehingga RM1800, anda boleh menyertai korban dengan 1 bahagian lembu untuk setiap negara seperti yang tertera dalam gambar di bawah:
Namun begitu, tidak kiralah di mana ibadah itu dilaksanakan, yang paling penting adalah niat ibadah tersebut adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Tapi, jika dilihat kepada situasi di dalam negara sekarang ini, ramai juga golongan yang terjejas dan mengalami masalah untuk mengisi perut sendiri, apatah lagi keluarga mereka yang lain. Walaupun begitu, kempen untuk mengibarkan bendera putih di depan rumah nampaknya memberi sinar kepada golongan memerlukan untuk dibantu insan-insan yang prihatin.
Tidak terkecuali, kita juga sebenarnya boleh turut sama membantu mereka dari segi bahan mentah untuk dimasak dan dimakan seisi keluarga. Jadi, pelaksanaan ibadah korban ini adalah peluang mudah untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan tanpa perlu mengenal siapa penerima rezeki tersebut.
Bermula dengan hanya RM680 untuk satu bahagian lembu, anda dah boleh menyertai ibadah korban melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Melalui MAPIM, anda juga tidak perlu risau kerana pihak mereka akan memastikan bahagian korban itu akan dibahagikan kepada golongan asnaf, Orang Asli dan juga miskin tegar di Malaysia.
Bagi yang berniat untuk ‘menumbangkan’ seekor kambing, bayaran yang dikenakan pula hanyalah RM1,200 melalui MAPIM. Anda juga tidak perlu risau wang anda tidak digunakan untuk korban kerana akan menerima video sembelihan korban ketika nama anda akan dibacakan.