Siakap Keli

“Makan 5 Kali Sehari..,” Lelaki Ini Amalkan Diet Suku-Suku Separuh, Hilang 63kg Dalam Masa Setahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan ramai yang nak kurus tetapi tak tahu cara yang berkesan untuk turunkan berat badan. Sehinggakan sampai satu tahap kita ‘give up’, dengan kata-kata pedas orang sekeliling dan hasik yang tidak seberapa.

Tetapi, sebenarnya korang silap, jadilah kata-kata pedas orang sekeliling kita itu sebagai satu semangat untuk kuruskan badan.

Malah siapa yang tidak gembira apabila berjaya turunkan berat badan malah memiliki badan yang menarik selepas melakukan tranformasi ini kan.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Ahmad Anwar untuk menurunkan berat badannya sebanyak 63 kilogram dalam masa setahun ini memang betul-betul mengubah hidupnya. Jom, kita lihat perjalanan beliau untuk turunkan berat badan dari 151kg kepada 88kg.

Bila dah setahun buat dss, saya dapati tak banyak sebenarnya beza corak pemakanan sebelum dan selepas dsss.

Yang berbeza ialah ilmu dan kefahaman

Ketika berat saya 151kg dengan pinggang 67 inci, saya hanya makan sehari dua kali sahaja. Sekali saya akan makan berat jam 8 pagi dan sekali lagi saya akan makan jam 6 petang

Walaupun hanya makan 2 kali sehari, saya berjaya mengepam badan saya sehingga 151kg dengan jayanya

Dimana kesilapannya?

1. Saya tidak merancang pemakanan saya.

Saya akan makan jam 8 pagi, nasi penuh pinggan dan ayam/ikan 2 ketul besar. Sayur sedikit. Kuah banjir. Saya ada diebetes jadi saya tidak minum air manis.

2. Kemudian makan malam saya, biasanya saya akan makan nasi goreng kedai dan tomyam semangkuk + telur mata sebiji.

Lojiknya jika saya hanya makan begini seharian berapa kalori intake saya sehari?

Sekitar 2000-2200 sehari. Dan ikut bmi saya, intake sebegini sebenarnya belum mencapai maintenance dcr saya pada ketika itu!!!

Jadi kenapa saya membesar dengan jayanya?

Sebab di antara 2 waktu makan tersebut, ada banyak snacking yang berlaku tanpa kawalan.

Kerepek, kuih muih, buah buahan, goreng pisang, keropok lekor. Favourite saya dulu, suka beli goreng pisang RM5 makan sorang.

“Total weight loss ialah 63kg dalam setahun…”

Hari ini, berat saya tinggal 88kg. Masih dalam perjuangan yang panjang. Pinggang sudah tinggal 38-39 inci. Badan pun rasa makin ringan.

“Saya memang makan apa yang ada je dengan prinsip high nutrition less calories. Jadi saya makan semua. Makanan kedai makanan fastfood (sekali skala) dan makanan rumah”

Hairannya kini, saya makan 5 kali sehari. 3 kali lebih banyak dari dulu.

Kenyang!!! Malah adakala saya rasa penat nak makan.

Bezanya? Saya makan makanan yang penting untuk tubuh dan kurangkan pemakanan yang tinggi kalori tapi kurang nutrisi. Takda lagi RM5 goreng pisang melantak, sebaliknya makan sekali sekala sekadar perlu.

Takda lagi makan kerepek setiap hari, teringin makan lah sedikit
Takda lagi makan buah cicah asam sampai RM10. Makan buah dalam kuantiti setiap hari.

Maka,

Perubahan yang saya buat dalam pemakanan hanya tiga.

1. Belajar tentang portion makanan
2. Belajar tentang cara makan
3. Kurangkan makanan tinggi kalori rendah nutrisi

Tidak berlapar, tidak seksa diri, tidak stress!! Sape kata diet tu susah ?Susah kerana kita terlalu memikirkan yang susah-susah.

Macam mana nak hilangkan kesan ‘gelebeh’?

Kalau berat obese class 3 ikut doktor Putrajaya dia kata normal ada gelebeh tu unless kita buat diet slow dan workout weight 50/50. Dietnya juga berbeza sebab less carbo dan more protein.

Berat turun slow tapi badan akan shape lebih cantik. Saya tak sanggup sebab workout sekarang yang 20% pun rasa nak pengsan dah.

Jadi, memang ada gelebeh cuma dia kempis. Unless pakai slimfit memang akan nampak kalau pakai size biasa okay je tersorok.

Saya pernah tanya doktor adakah selamanya begini?

Dia kata “You kumpul lemak 37 tahun takkan you nak dia hilang dalam 1 tahun. “

Doktor kata akan hilang juga gelebeh yang ada kalau kita teruskan workout dan weight training. Cuma slow.

Untuk senaman pula…

Senaman juga menguatkan jantung, menambah stamina dan menguatkan pernafasan. Badan juga bertambah sihat jika kerap bersenam.

Cumanya perlu faham konsep. Bersenam sahaja tak cukup untuk diet. Perlu bersenam dan mengurus pemakanan. Barulah berkesan.

“Gambar aku baru nak mula bersenam, berat 129kg. time ni orang tegur aku sakit.”

Korang tau tak, ada kajian menunjukkan orang yang nak turunkan berat badan, kemudian kuat bersenam mempunyai peratusan kegagalan diet yang lebih tinggi dari orang yang tak bersenam?

Tau sebab apa?

Sebab senaman menyebabkan pembakaran tenaga yang banyak. Ia buat korang rasa cepat lapar. Bila lapar korang akan makan. Bila makan kalori bertambah. Bila tak dikawal, akibatnya matlamat diet korang akan menemui kegagalan.

Jadi, bersenam perlu berpada-pada. Lakukan senaman yang sesuai dengan keperluan korang mengikut kemampuan. Paling penting ada ilmu. Barulah tak gagal.

Aku pernah merana sebab cuba diet tanpa bersenam. Sampai orang tegur aku kenapa nampak aku tak sihat, cengkung dan pelik. Tangan aku nampak panjang kurus dan bahu aku jatuh.

Puncanya kerana tidak bersenam dan buat very low calorie diet. Benda ni berlaku waktu awal awal aku diet. Time tu masih bodoh lagi. Jadi, bersenamlah dan kawal pemakanan. Pasti berjaya insyallah!

Apa yang kita perlu ialah mulakan langkah kearah itu. Mula dengan rancang makanan harian anda, kutip ilmu dan jangan terlalu mengejar result.

Percayalah result akan datang kemudian. Usaha pasti tidak khianati hasil. Semoga berjaya semua!

 

Sumber: Ahmad Anwar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang