Siakap Keli

”Sebut Nama Allah Sayang..” Suami Positif Covid Tahap 4, Rebecca Mohon Doa Dari Semua

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, 35, meminta semua untuk mendoakan suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, supaya kekal sihat dan kuat setelah disahkan menghadapi jangkitan Covid-19 tahap empat dan lima.

Perkara itu dikongsi oleh selebriti berkenaan melalui laman Instagram (IG) Live miliknya, sebentar tadi.

Rebecca berkata, suaminya telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara pada malam tadi setelah tidak boleh bernafas.

”Datuk berada di Hospital Prince Court sekarang, doktor mengesahkan datuk dah berada stage empat dan lima.

”Yang saya sedih bila saya tengok pertama kali suami saya menangis depan saya beritahu tak sanggup saya tinggalkan dia, dia takut dan saya diberitahu oleh pihak hospital saya tak boleh menemaninya kerana dia akan masuk ke dalam wad ICU Covid,” katanya menerusi IG Live.

Sebut nama Allah banyak-banyak sayang..

Beberapa hari lalu, Rebecca telah memaklumkan di laman Instagram bahawa suami dan enam orangnya berserta tiga pembantu rumah telah dijangkiti Covid-19 sebelum dia juga turut disahkan positif kemudian.

”Doakan Mummy Becca serta seluruh keluarga sihat seperti sedia kala ya semua, secara jujur mummy juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir dengan sekelip mata segalanya dari sang pencipta,” katanya.

Sumber: IG rebeccanuralislamahmad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.