Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melaporkan kes baharu positif Covid-19 di negara kita sebanyak 11,618 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 867,567 kes.
Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan bahawa negeri Selangor kekal mencatat kes tertinggi dengan 5,051 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 1,749 kes dan Negeri Sembilan dengan 1,537 kes.
Pecahan kes baharu #COVID19. pic.twitter.com/cHd23qwN4C
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 14, 2021
Sehingga 14 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,618 kes (867,567 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 5,051 (300,974)
WPKL – 1,749 (92,837)
Johor – 396 (76,037)
Sabah – 286 (73,136)
Sarawak – 289 (69,865)
Negeri Sembilan – 1,537 (55,756)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 14, 2021
Sumber: DG Noor Hisham