Siakap Keli
Gambar: KKM & Twitter

‘Train to Perlis’, Catat Sifar Kes Harian Covid-19, Netizen Ramai-Ramai Rasa Nak Pindah Ke Perlis

Seperti yang kita tahu, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi semalam, iaitu sebanyak 11,079 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 855,949 kes direkodkan setakat ini.

Pecahan kes mengikut negeri semalam mencatatkan Selangor sebagai negeri dengan kes positif tertinggi iaitu dengan bacaan 5,263 kes. Manakala Kuala Lumpur merekodkan 1,521 kes, diikuti Negeri Sembilan, 1,033 kes.

Sementara negeri-negeri dan wilayah persekutuan di seluruh Malaysia masing-masing mencatatkan bilangan kes, Perlis walaubagaimanapun tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 semalam.

Warga net rata-rata merasakan Perlis adalah negeri yang paling ‘selamat’ dari wabak ini kerana konsisten dengan catatan kes paling rendah, malah ada kalanya tak mencatatkan kes positif sama sekali.

Maka, wujudlah sebuah meme dengan tagline Train to Perlis‘ yang membanjiri media sosial sejak semalam. Malah siap ada poster lagi di mana poster filem popular Korea Selatan, Train to Busan diedit menjadi ‘Train to Perlis’.

Train to Perlis bertolak pukul berapa?”

“Perlis dah la kecik, ramai-ramai satgi ‘cungik’ masuk dalam Kuala Perlis”

@ijat9084

Reply to @che_pih lepaih kovit baru mai naa 😊

♬ original sound – Aizat Apiz Duta PERLIS✌️😆 – Aizat Apiz Duta PERLIS✌️😆

Sumber: Twitter, TikTok

Eyla Azri