Siakap Keli
kolam paling dalam di dunia
Kredit: Faz3, Deep Dive Dubai

(Video) Dikatakan Kolam Paling Dalam Di Dunia, Rupanya Ada ‘Bandar Tenggelam’ Di Bawah, Keadaannya Di Luar Jangkaan

Sebuah kolam renang dipercayai paling dalam di dunia kini dibuka Deep Dive Dubai untuk para pelancong yang sukakan cabaran.

Dengan kedalaman 196 kaki 10 inci (kira-kira 60.02 meter), kolam ini disahkan Rekod Dunia Guinness sebagai kolam paling dalam di dunia untuk aktiviti selaman, tulis Fox32 Chicago.

Tambah portal itu, pengunjung boleh menerokai bandar bawah air termasuk apartment tinggal yang mempunyai bilik tidur, tandas serta ruang tamu.

Malah, kolam itu juga dilengkapi 56 kamera di setiap sudut untuk penggambaran unik para pelancong. Ia turut memiliki sistem bunyi dan pencahayaan untuk membangkitkan mood pelawat sambil menyelam di dalam air.

Kolam itu dipercayai mempunyai kapasiti 3.7 juta gelen air, bersamaan enam kolam renang saiz Olimpik, tulis Fox32 News.

“Air kolam itu ditapis dan bergerak setiap enam jam menerusi batu gunung berapi bersilikon teknologi penapisan NASA dan radiasi UV dalam salah satu daripada sistem penapisan paling besar dan paling pantas di kawasan itu,” tulis Deep Dive Dubai.

Selain itu, suhu air kolam berkenaan juga ditetapkan pada 86 darjah, membolehkan para penyelam beraktiviti tanpa perlu memakai pakaian yang tebal untuk meneroka ‘bandar tenggelam’ itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deep Dive Dubai (@deepdivedubai)


Para pelawat turut berpeluang mengikuti kursus selaman yang dikendalikan oleh penyelam profesional bertaraf antarabangsa.

Pelancong juga boleh mengunjungi restoran, kedai hadiah dan menikmati pemandangan dari ‘syurga bawah air’ tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bermain catur, snooker serta permainan lain di dalam kolam tersebut.

Setakat ini, fasiliti itu hanya menerima kunjungan melalui jemputan, namun Deep Dive Dubai dilaporkan telah merancang untuk membuka lokasi itu kepada orang ramai pada akhir Julai ini.

Antara individu terkenal yang telah mengunjungi kolam tersebut adalah Will Smith dan putera mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazza (@faz3)

Menjengah ke ruangan komen Instagram miliknya, rata-rata pengikut meluahkan kekaguman dengan keindahan pemandangan dari dalam kolam itu.

Melampaui jangkaan

Tak sabar nak menyelam di sini

Sumber: Fox32 Chicago, Faz3, Deep Dive Dubai

Amira

Love yourself.