Siakap Keli
Gambar: Summiters Adventures

(Video) Memukau Tapi Menggerunkan, Tiga Ekor Harimau ‘Melawat’ Bas Safari Yang Dipenuhi Pengunjung

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai bas safari yang dikelilingi oleh beberapa ekor harimau di sosial media Facebook. Video tersebut dikapsyenkan sebagai ‘Tigers Day Out‘ yang memperlihatkan harimau-harimau ini kelihatan begitu bebas bergerak di kawasan perlindungan harimau itu.

Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan bas safari itu telah dipenuhi oleh pengunjung manusia di dalamnya dan mungkin menjadi tarikan harimau-harimau itu untuk datang melihat dengan lebih dekat.

Pada mulanya, seekor harimau dilihat sudah ‘melawat’ bas safari itu dengan lebih awal manakala seekor lagi sedang beristirehat. Sebaik sahaja seekor harimau yang lain turut serta ke arah bas itu, seekor lagi turut bangun dan menghampiri bas safari tersebut.

Umum mengetahui, harimau merupakan haiwan ‘carnivore‘ yang merupakan pemakan daging. Mungkin pengunjung di dalam bas itu kelihatan seperti ‘santapan enak’ pada harimau-harimau tersebut, tetapi sudah pasti kawalan keselamatan yang ketat telah dilakukan bagi pengurus kawasan itu.

Menurut sumber, menunggang safari di tempat perlindungan harimau merupakan suatu pengalaman kepada pengunjung. Namun, ia juga boleh menjadi sesuatu yang menakutkan apabila melihat haiwan pemangsa ini dengan lebih dekat.

Sumber: TheTimesofIndia, Summiters Adventures

Nurul Nabila