Siakap Keli
Gambar: We Love Animals

Wanita Temui Kucingnya Yang Hilang 14 Bulan Dalam Keadaan Gemuk, Rupanya ‘Tersesat’ & Tinggal Dalam Kilang Makanan Haiwan

Seekor kucing yang hilang dilaporkan telah dipertemukan semula dengan keluarganya setelah hilang selama 14 bulan.

Kucing tersebut difahamkan telah ditemui dalam keadaan baik dan bertambah gemuk daripada sebelum ianya dilaporkan hilang.

Menurut portal We Love Animals, punca berat badan kucing tersebut makin meningkat ketika ianya ditemui adalah kerana kucing tersebut telah tinggal di sebuah kilang makanan haiwan peliharaan yang terletak dua batu dari rumah keluarganya.

Kucing yang bernama Clive itu dilaporkan telah hilang meninggalkan pemiliknya Tanya dan Jonathan Irons pada bulan Disember 2014.

Pasangan itu dan anak perempuan mereka yang berusia dua tahun, Elizabeth, pada ketika itu telah menyebarkan berita tersebut di Facebook serta memasang poster di sekitar kawasan rumahnya bagi mengesan Clive, namun semua usaha itu tidak berhasil.

Tanya kemudiannya berkata: “Dia sangat nakal dulu dan suka keluar. Kami rasa pasti ada seseorang yang telah mengambilnya kerana dia merupakan seekor kucing yang comel.”

Sementara itu, pekerja di kilang makanan haiwan peliharaan tersebut dikatakan mula menyedari bahawa makanan kucing di kilang itu telah hilang.

Setelah menyiasat berkenaan kehilangan tersebut, mereka menemui bukti bahawa terdapat seekor kucing yang telah tinggal di gudang itu secara haram.

Disebabkan itu, mereka memutuskan untuk memerangkap pencuri yang telah hidup mewah selama 14 bulan di kilang tersebut.

Setelah berjaya ditangkap, mereka membawanya terus ke klinik haiwan untuk memeriksa mikrocip yang ditanam dalam badannya.

Mikrocip tersebut kemudiannya menyatakan bahawa dia telah didaftarkan oleh keluarga Irons, yang tinggal hanya dua batu dari kilang tersebut.

Tanya menyatakan: “Clive berusia sembilan bulan semasa kami kehilangannya – dan pada ketika itu, dia jauh lebih kecil dari sekarang. Ketika kami bertemu dengannya kembali, kami terkejut selepas melihat perubahan fizikalnya yang semakin gemuk dan gebu.

“Dia telah menjalani kehidupan yang mewah di kilang itu. Kami dengar Clive agak berbau ketika mereka menangkapnya namun keadaannya baik sahaja. Dia masih lagi mengenali kami, tetapi dia sekarang makin gemuk,” ujarnya.

Menurut tuannya itu, kucingnya kini mempunyai selera makan yang besar.

“Dia tidak mempunyai selera yang besar sebelum ini, tapi dia selalu makan dengan cepat kerana takut adik beradiknya mencuri makanannya.

“Dia kini mempunyai selera yang besar. Saya terpaksa mengisi makanannya dalam satu bekas yang besar kerana dia tidak tidak berhenti makan,” ujarnya.

Sumber: We Love Animals

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.