Jawatankuasa Khas Jaminan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta untuk mempertimbangkan kelonggaran sekatan pergerakan bagi individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
Pertimbangan tersebut adalah seperti yang diminta oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti memetik ciapan BERNAMA hari ini.
Dalam ciapan lain, Muhyiddin turut menyatakan bahawa rakyat diminta untuk bersabar dan jangan percaya akan kempen ‘kerajaan gagal urus COVID-19’ seperti yang ditularkan di media sosial.
Berita penuh menyusul
PM Muhyiddin mahu JKJAV pertimbang longgarkan pergerakan individu lengkap dua dos vaksinasi pic.twitter.com/fAHeN6sbuF
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 15, 2021
Rakyat diminta bersabar, jangan percaya kempen kerajaan gagal urus COVID-19 – PM Muhyiddin pic.twitter.com/YOjOwzbUZw
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 15, 2021
Sumber: BERNAMA