Siakap Keli

”Rindunya Pada Bapak, Apa Bapak Buat Sekarang Ni?” Ebit Lew Sebak Terkenangkan Arwah Ayah

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew baru sahaja kehilangan ayahnya baru-baru ini. Pemergian sosok tubuh tersebut begitu menggamit duka, meluluhkan lagi jiwanya yang pernah derita meratapi kehilangan ibunya sebelum itu.

Kini, beliau perlu mengharungi dunia ini dengan langkahnya sendiri. Tiada lagi sumber semangat daripada sang ayah. Hari ini, Ustaz Ebit Lew meluahkan perasaan ‘sepinya’ dunia ini tanpa kelibat mereka berdua.

Beliau berkongsi luahan itu menerusi satu hantaran di Facebooknya pagi ini seperti di bawah;

Gambar: Ebit Lew

Ya Allah. Semuanya dah tak sama lagi. Berat benar ujian kali ini. Terasa tak mampu melaluinya. Rindunya pada bapak. Apa bapak buat sekarang ye? Ya Allah jagakanlah bapak dekat sana ya. Rindu sangat padanya. Bapak ialah bapa paling baik. Hidupnya dihabiskan untuk keluarga. Kasih sayangnya pada mak dan anak-anak.

Saya dah takde dua-dua. Mak dah pergi. Bapak pun. Ya Allah ampuni dan sayangilah keduanya. Bumi Malaysia dalam keadaan berat ditimpa ujian demi ujian. Perjalanan kali ini terasa perit. Ya Allah berilah aku kekuatan. Terasa lemah tiada kekuatan lagi.

Teringat masa mak sakit sebelum pergi. Saya menangis nak ikut sekali. Mak cakap, mak dah gembira bangga syukur dapat didik anak anak semua berbuat baik. Sekarang giliran Ebit pula. Dua-dua pesan sama jangan risaukan kami teruskan kerja kebaikan dan kebajikan Ebit. Teruskan jaga agama dan dakwah. Syurga tu cantik. Syurga itu indah.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih bapak. Terima kasih mak. Maafkan Ebit, kedua mak ayah saya pergi saat saya sedang buat kerja dakwah dan khidmat masyarakat. Ikut hati nak balik. Tapi dua-dua keras minta teruskan kerja amal ini. Katanya tak jumpa didunia jumpa dalam syurga.

Mak bapak nanti kita jumpa semula ye. Mak bapak dah janji nak jumpa semula. Ya Allah sampaikanlah rasa sayang rindu ini pada mereka..jagakanlah mereka disana ya Allah.

Salam takziah buat ibu dan ayah Ustaz Ebit Lew. Semoga mereka tenang di sana. Amin.

Sumber: Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'