Siapa yang biasa masak siput sedut untuk nak buat lauk masak lemak cili api, mesti dah tahu ‘perangai’ sebenar makhluk kecil ini.
Biasanya siput sedut ni akan diletak dulu dalam bekas, sebelum kita ketip hujung cangkerangnya agar mudah disedut sewaktu makan nanti.
Tapi kalau bekas tadi tu terlupa nak tutup elok-elok, jangan terkejutlah kalau tiba-tiba nampak si siput ni merayap keluar sampai ke dinding.
Itulah yang dialami Ibnu Shaharudin apabila siput-siputnya yang sudah ‘sedia’ dimasak telah merayau sampai ke siling, gara-gara terlupa untuk tutup bekasnya.
Dia berkongsi kisah lucunya ini dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official (MATJHN) hari ini. Jom ikuti perkongsiannya bersama gambar-gambar yang bikin ‘meremang’ bulu roma.
“Ada orang nak masak siput sedut. Dia tinggalkan kejap siputnya tu untuk selesaikan beberapa kerja agaknya, tapi terlupa pulak nak tutup besen tempat letak siput tadi.. Asyieepp..”
Perkongsian ini ternyata menghiburkan semua warga MATJHN hingga meraih 10,000 tanda ‘Likes’, 2,300 komentar dan dikongsikan lebih 1,000 kali.
Pada setiap gambar di bawah ini pula terdapat beberapa komen netizen yang menghiburkan. Jom kita tengok satu-persatu.

“Siapa cepat sampai siling dia menang..” kata Indok Mazidah Andi Amirullah.
“Yang dekat jam tu dia tengah mengira masa..” – Amirul Baihaqe

“Yaa semakin menghampiri ke garisan penamat…teruskan berusaha..” – Wanie Syazwanie
“Mak pesan…suh blajo tinggi-tinggi….alhamdulillah…dia dengar kata..hihii” – Fiqzeeneyla Jallina

“Yang 1 tu dah meninggal ke? Salam takziah haha. Arwah dulu baik orangnye, tak suka lari masa PKP..” – Icha Abdul Nasution
“Sekor yang tertinggal tuu mesti member kejut dia tak bangun-bangun tuu..tido mati..lantakkk ko kene tinggal…lambat sangat..” – Rozeyana Ogy


“Adeh..dia tinggalkan arts pulak atas dinding haha..” – Noriza Kastory
“Yang dua tu sempat lagi dekat-dekat membawang..” – Sherdawati Jay
“Dah satu kerja lagi nak sental dinding..” – Nordalila Ali
Sumber: Ibnu Shaharudin melalui MATJHN