Siakap Keli

Tujuh Kubu Tentera British Di Pantai Bisikan Bayu Akan Dikorek Semula

PASIR PUTEH, 15 Julai – Tujuh kubu dibina tentera British untuk menghalang askar Jepun mendarat dan menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941, yang kini tertimbus akibat hakisan ombak di Pantai Bisikan Bayu, di sini, akan dikorek semula sebelum sambutan Hari Kebangsaan, bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata kesemua tugu yang dibina menggunakan simen dan batu serta berada kira-kira 500 meter dari pesisir pantai itu kini ditimbus pasir akibat hakisan tebing yang berlaku akibat musim tengkujuh setiap tahun.

“Kita akan berusaha mengangkat dan meletakkan kubu tersebut di daratan yang tidak jauh dari tapak asal dengan menggunakan jentera berat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pantai itu hari ini.

Wan Hassan yang juga penduduk asal di situ berkata beliau turut bercadang untuk menaik taraf kubu tersebut dengan meletakkan papan tanda mengenai peristiwa bersejarah itu selain membina replika tentera Jepun dan Britisah berbalas serangan.

“Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk membina kemudahan asas di kawasan itu sebagai usaha membangunkan semula industri pelancongan di situ pada masa akan  datang yang kini semakin dilupakan,” katanya.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.