Siakap Keli
Gambar: DailyMail

(Video) Buaya 4.5 Meter ‘Bersiar-Siar’ Dengan Tenang Di Padang, Pengunjung ‘Resort’ Cuak Ketika Kereta Golf Semakin Hampir

Tular sebuah video rakaman mengenai seekor buaya bersaiz 15 kaki (4.5 meter) yang sedang ‘bersiar-siar’ melintasi padang golf.

Menurut Daily Mail, peristiwa tersebut berlaku di tempat peranginan golf Dreams Playa Mujeres di Mexico apabila pengunjung ‘resort‘ terlihat haiwan besar itu. Ia dikatakan sedang tenang ‘berjalan’ melintasi lubang golf di kawasan itu.

The croc was filmed strolling across the Dreams golf course near Cancun, Mexico on July 5

Sewaktu kejadian, Stacie yang sedang merakam kawasan itu telah diminta untuk ‘zoom in‘ apabila terlihat buaya itu dari kejauhan. Ketika itu, Stacie bersama tiga orang yang lain sedang menaiki kereta golf di situ.

Salah seorang daripada mereka dipercayai telah bertanya kepada yang lain, “Ia akan berjalan tepat-tepat di mana kita harus pergi! Haruskah kita melewatinya dengan cepat?

Sementara yang lain pula menambah, “Kita akan tersangkut di sini. Adakah anda mahu lalu di hadapannya atau mahu menunggu?

Stacie pada mulanya tidak pasti untuk membuat keputusan, namun setelah kereta golf mereka makin menghampiri haiwan itu, dia dengan pantasnya menyuruh kereta tersebut dilajukan.

Menurut sumber, rakaman video itu telah ditunjukkan kepada rakan-rakan mereka dan kesemuanya dipercayai begitu terkejut. Ada yang memberi komen, “Wow, itu hebat dan OML ia sungguh besar!

'It's ginormous!': Friends of the tourists who shared the footage were stunned at the size of the beast, estimated to be 15ft

Bahkan, yang lain juga turut membalas, “Saya fikir itu palsu pada pandangan pertama, itu gila”, dan Stacie menjawab, “Ya, itu GILA.”

Yang lain turut menambah, “Saya fikir saya tinggal di sebuah negara yang mempunyai haiwan yang berbahaya, tetapi tidak pernah saya melihat sesuatu seperti itu“.

Ada juga yang bergurau dengan menulis, “Apa? Dia baru pergi kerja … malah tak sempat minum kopi lagi“, sementara yang lain turut mengejek, “Biarkan dia bermain!

Peristiwa sebegini dikatakan pernah berlaku pada tahun lalu apabila seekor buaya raksasa ditemui di Florida dan tular di media sosial. Namun, ramai yang mendakwa bahawa ia palsu disebabkan saiznya.

Sumber mengatakan bahawa buaya sering dianggap jauh lebih agresif daripada aligator. Hal ini kerana aligator tidak begitu besar saiznya dan hanya menyerang ketika diprovokasi. Ia dipercayai turut mencari mangsa yang lebih kecil daripadanya.

Sumber: Daily Mail.co.uk

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.