Siakap Keli

(Video) Lelaki Menderita Penyakit ‘Misteri’, Dilapor Tidur 300 Hari Dalam Setahun

INDIA- Seorang lelaki berusia 42 tahun menjadi perhatian berita antarabangsa kerana dilaporkan menderita situasi yang menyebakan dia tidur selama 300 hari dalam setahun.

Purkharam, merupakan penduduk di Bhadwa, Rajasthan di India yang diduga menderita “hipersomnia paksi HPA”.

Keadaan jarang berlaku ini menyebabkan pesakit tidur dalam jangka masa yang panjang sehingga 25 hari.

Menurut Oddity Central, Purkharam didiagnosis gangguan ini pada 23 tahun yang lalu. Ia menyebabkan dia akan tidur selama 15 jam pada satu masa.

Namun, keadaannya memburuk dan pada tahun 2015 keluarganya mulai membuat jadual tidur Purkharam yang menunjukkan dia tidur bukan beberapa jam tetapi menjadi beberapa hari.

Pada mulanya, dia hanya tidur dari tujuh ke lapan hari dalam satu masa tetapi memburuk menjadi 25 hari. Kini dia dilaporkan tidur 300 hari dalam setahun.

Dilaporkan, Purkharam mempunyai sebuah kedai kecil di kampungnya. Namun disebabkan keadaannya, dia hanya beroperasi selama lima hari sebulan.

Dia turut tertidur semasa bekerja dan apabila ia berlaku, dia tidak dapat dibangunkan kembali.

Disebabkan itu, keluarganya terpaksa membawanya pulang serta memberinya makan dan membersihkan dirinya ketika tidur.

Oleh keadaannya itu, penduduk dikawasan perumahannya memberinya jolokan Kumbhakaran kerana kebiasaan Purkharam tidur selama enam bulan tanpa bangun.

Sumber: Oddity Central

Atiqah Aliah