Siakap Keli
Gambar: Syahman Abu Hasan

(Video) Nak Elak Diserang Kulat, Ni Petua Yang Perlu Dibuat Sebelum Tanam Benih Nanas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menerusi perkongsian sebelum ni, kita sudah ketahui petua untuk menyimpan benih nanas iaitu dengan mengeringkan mata akar dan biarkan akar keluar.

Jadi, sebelum benih nanas ditanam, terdapat petua yang boleh dilakukan bagi mengelakkan benih nanas diserang kulat iaitu mencelup benih nanas.

Berdasarkan perkongsian oleh Syahman Abu Hasan ini, bahan yang diperlukan ialah racun kulat Antracol 70 wp (untuk pencegahan kulat dari peringkat benih) dan racun serangga Mapa Malathion 57.

Proses menyediakan air celupan:

  1. Timbang 20 gram racun kulat
  2. Masukkan racun kulat ke dalam 20 liter air bersih
  3. Kacau dan sebatikan
  4. Masukkan 2 penutup racun serangga ke dalam bancuhan
  5. Kacau hingga betul-betul sebati
  6. Pindahkan benih nanas ke lokasi lebih selamat untuk dicelup

Proses mencelup benih nanas:

  1. Lakukan celupan keseluruhan benih nanas
  2. Keringkan semalaman
  3. Tutup sementara dengan daun pisang (elak terkena sinaran matahari)
  4. Baki air celupan boleh digunakan untuk pokok lain

Ikuti proses penuhnya di video ini.

 

Sumber: Syahman Abu Hasan

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.