Siakap Keli
Gambar: Syahman Abu Hasan

(Video) Tangki Tandas Tak Boleh Pam? Kena Tukar Benda Ni, Lelaki Tunjuk Cara Nak ‘Repair’ Sendiri ‘Step By Step’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Antara masalah yang kerap berlaku di tandas setiap rumah pastinya ialah masalah tangki air yang bocor ataupun masalah tidak boleh ‘flush‘ air sama sekali. Sebenarnya kedua-duanya boleh dibaiki sendiri sekiranya kita tahu peralatan dan caranya yang betul dan tidak perlu pun menggantikan dengan satu set tangki yang baru.

Kalau ada masalah tangki bocor, kita hanya perlu menukar getah di dalamnya, jadi bagaimana pula dengan masalah tidak boleh pam?

Oleh itu, Syahman Abu Hasan menerusi Youtube miliknya telah berkongsikan beberapa langkah untuk membaikinya. Perkara utama yang perlu dibuat ialah menukar diafram di dalam tangki.

Satu set diafram, boleh dapatkan disini

Antara peralatan yang diperlukan…

Salah satu bahagian diafram yang rosak dan perlu ditukar

Antara langkah-langkah yang dikongsikan ialah:

  1. Beli satu set diafram di hardware
  2. Buka dan pulas bahagian bawah tangki supaya dapat keluarkan air dari tangki dahulu
  3. Pusing bahagian yang sama sehingga ‘pump‘ boleh ditanggalkan
  4. Tukar pada yang baru dan pasang semula bahagian yang dah ditanggalkan
  5. Tukar cangkuk yang baru
  6. Gunakan ‘plier‘ untuk bengkokkannya dan guna pemutar skru untuk melonggarkan cangkuk
  7. Cantumkan cangkuk
  8. Gunakan sepana besar untuk ketatkan bahagian bawah tangki
  9. Gamkan dengan ‘white tape‘ untuk elakkan kebocoran
  10. Masukkan air baru ke dalam tangki sehingga penuh
  11. Pam sudah dapat digunakan semula

Ikuti langkah-langkah penuhnya di video ini.

Sumber: Youtube Syahman Abu Hasan

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.