Siakap Keli
Gambar: @abangcomot

(Video)Bila Belok Ada Bunyi Macam Ni? Mekanik Tunjuk Cara Nak Hilangkan Bunyi Gesel ‘Absorber Mounting’

Pernah tak terjadi satu situasi ketika kita memandu kenderaan di jalan raya dan terdengar suatu bunyi seakan ‘geseran’ ketika membelok? Mungkin ketika itu kita sudah berasa cuak kerana bunyinya yang membingit dan membuatkan kita risau akan keselamatan ketika melakukan pemanduan.

Situasi ini bukan sahaja pernah berlaku pada kereta, malah kenderaan berat seperti bas juga akan mengalami bunyi ini. Jadi, apa punca di sebalik perkara ini dan bagaimana untuk mengatasinya?

Menerusi perkongsian oleh seorang mekanik daripada akaun @abangcomot di Tiktok ini, puncanya adalah daripada ‘absorber mounting‘ yang bergesel dengan tapak ‘body absorber‘.

‘Absorber mounting bergesel dengan tapak body absorber’

Terdapat dua cara yang dikongsikan oleh lelaki ini untuk menghilangkan bunyinya. Antaranya ialah:

Cara 1: Boleh letak grease di permukaan untuk hilangkan bunyi

Cara 2: Tukar Absorber mounting yang baru

 

Kalau nak lebih jelas, jom ikuti video penuhnya di bawah.

@abangcomot

Punca Bunyi ketika membelok#abgcomot #tanyaabgcomot #sekupang

♬ original sound – Abang Comot – Abang Comot

Sumber: Tiktok @abangcomot

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.