Siakap Keli

China Lancarkan Kempen “Reunion”, 2,609 Kanak-Kanak Hilang Berjaya Ditemui

CHINA- Seorang lelaki di China menemui anaknya selepas 24 tahun terpisah berkat pangkalan data DNA kanak-kanak yang dilaksanakan di negara itu.

Dari pangkalan data itu berjaya ‘mengembalikan’ 2,609 kanak-kanak dalam tempoh 7 bulan yang dilapor hilang dalam kalangan populasi China yang bersaiz 1.4 itu.

Lelaki tersebut kembali disatukan dengan anaknya yang kini berusia 26 tahun selepas pemadanan DNA yang dilakukan polis, menurut Kementerian Keselamatan Awam China (MPS).

Menurut Global Times, lelaki itu terpaksa bermalam di luar kerana tidak mampu menginap di hotel saat mencari anaknya.

Ibu bapa kanak-kanak yang hilang dikehendaki memberikan maklumat DNA mereka kepada polis.

Begitu juga dengan kanak-kanak bagi mengesahkan pertalian mereka, kata seorang pakar dari Universiti Keselamatan Awam Rakyat China.

Selain itu, biro keselamatan awam diseluruh China bertindak mengumpulkan maklumat dari ibu bapa yang melaporkan kehilangan anak mereka.

Selepas MPS melancarkan kempen Tuanyuan (Pertemuan Kembali) pada Januari, sejumlah 2,609 kanak-kanak hilang berjaya ditemui.

Menurut laporan, kempen ini membutuhkan lebih 3,000 titik sampel darah di selurug negara, yang membantu 306 keluarga menemui keluarga mereka kembali.

Sumber: Global Times

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.