Siakap Keli
Gambar: JKJAV

Ini Langkah-langkah Untuk Kemaskini Maklumat Peribadi Anda Melalui Helpdesk MySejahtera

Pemberian dos vaksinasi bagi setiap negeri kini sudah semakin meningkat jumlahnya. Banyak penerima vaksin yang sudah melepasi dos pertama dan kedua.

Tidak kurang juga ada yang belum berkesempatan untuk menerima vaksin kerana masih dalam proses menunggu. Walau bagaimanapun, pengguna MySejahtera perlu sentiasa mengemas kini status dan maklumat peribadi di aplikasi tersebut dari semasa ke semasa termasuklah di ruangan ‘Helpdesk‘.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Facebook telah berkongsikan infografik mengenai langkah-langkah bagi mengemas kini maklumat peribadi masing-masing di ‘Helpdesk‘ MySejahtera.

Berikut merupakan panduan bagi mengemaskini profil peribadi di ‘Helpdesk‘:

  1. Klik Tutup/Close
  2. Klik Helpdesk
  3. Pilih bahasa/language, dan klik Mula/Start
  4. Klik C
  5. Klik A
  6. Masukkan MySejahtera ID
  7. Masukkan Emel/Email
  8. Klik Hantar/Submit
  9. Pengemaskinian semula boleh dibuat di laman Vaksinasi Covid-19 dalam masa 48-72 jam selepas isu dihantar
Gambar: JKJAV

Sumber: JKJAV

Nurul Nabila