Siakap Keli
Kredit: Bernama

“Jangan Cabar Arahan Kerajaan,” Lagi 180 Kilang & Premis Perniagaan Diarah Tutup, Ismail Sabri Beri Amaran

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi, sebanyak 180 kilang termasuk premis perniagaan telah diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP dan arahan ditetapkan.

Beliau juga turut mempersoalkan kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama, sedangkan rakyat lain boleh bersabar.

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP.

Lagi 180 kilang serta premis perniagaan diarah tutup kerana gagal mematuhi arahan dan SOP di tetapkan.

Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini.”

Sumber: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Amira

Love yourself.