Siakap Keli
Gambar: eatthis.com

Kalau Dibenarkan Rentas Daerah Atau Negeri Untuk Tujuan Penghantaran Barang, Ini Perkara Yang Perlu Diamalkan

Sewaktu musim PKP ini, rakyat tidak dibenarkan keluar rumah tanpa keperluan dan merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang bekerja melibatkan penghantaran barang di luar kawasan sendiri seperti servis kurier dan seangkatan dengannya, kebenaran telah diberikan dengan syarat tetap mengamalkan SOP yang betul.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Facebook telah berkongsi infografik mengenai beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi penghantar barang ini.

Terdapat tujuh amalan yang perlu dilakukan iaitu:

  1. Hanya berhenti jika perlu
  2. Elakkan berkumpul semasa berhenti di tempat rehat
  3. Jangan sembang dengan jarak dekat
  4. Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik dalam kenderaan
  5. Sentiasa memakai pelitup muka dengan betul
  6. Sentiasa jaga jarak 1 meter
  7. Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun/hand sanitizer

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nurul Nabila