Siakap Keli

“Kenapa Kami Memilih Untuk Membuat Kerja-Kerja Penghantaran?”

Memiliki smartphone, kenderaan yang sesuai, dan yang paling penting, usaha yang konsisten untuk melihat perubahan positif dalam hidup. Ini adalah syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi rakan penghantar Lalamove yang berjaya.

Selain impak yang positif kepada rutin seharian pengguna dan perniagaan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran mereka, Lalamove juga adalah lubuk pendapatan untuk rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai rakan penghantar Lalamove.

Kita semua sebenarnya serumpun!

Mungkin fikiran untuk beramah dan mengenali rakan penghantar Lalamove jarang terlintas di minda semasa kita memberi atau mengambil barang dari mereka. Ya la kan, masing-masing ada urusan tersendiri untuk selesaikan dengan segera.

Namun begitu, di sebalik helmet dan stereng kenderaan rakan penghantar Lalamove, sebenarnya mereka juga mempunyai harapan dan cita-cita yang sama macam kita!

Baru-baru ini, tiga rakan penghantar Lalamove, iaitu Izzat, Tan dan Erni, telah berkongsi motivasi mereka di sebalik keputusan untuk menghantar dengan Lalamove.

Mencari makan untuk keluarga, mengisi masa lapang, atau pun niat murni untuk berbakti kepada masyarakat adalah antara dorongan yang dikongsi oleh mereka. 

Hanya yang terbaik untuk keluarga

Bagi Izzat, Lalamove adalah peluang kedua untuk memberikan masa depan yang lebih baik untuk dua orang anaknya. Setelah berhenti dari bekerja untuk sebuah hotel, Izzat mengambil keputusan untuk menjadi rakan penghantar motosikal Lalamove sepenuh masa sebagai mata pencarian.

Ternyata perubahan ini memberikan nafas baru kepada Izzat. Selain pendapatan harian dari Lalamove yang stabil, dia mampu membuat simpanan bulanan untuk keluarganya, satu komitmen yang agak mencabar untuk dicapai semasa dia berkhidmat untuk hotel.

Gambar: Lalamove

Selain itu, Izzat giat menyertai misi-misi yang ditawarkan dalam aplikasi Lalamove. Melalui misi tersebut, Izzat berpeluang mendapatkan insentif tambahan. Selalunya, insentif ini akan digunakan untuk menampung kos petrol dan penyelenggeraan motosikalnya.

Peluang yang sama rata

Tahukah anda?

Lalamove mengamalkan prinsip peluang sama rata semasa merekrut rakan-rakan penghantar. Prinsip ini terbukti dengan penerimaan individu-individu OKU yang menunjukkan semangat untuk berdikari dan berbakti kepada masyarakat dengan menjalankan tugas-tugas penghantaran Lalamove.

Tan, 61 tahun, merupakan salah seorang rakan penghantar OKU pekak Lalamove. Walaupun tidak mampu berkomunikasi secara lisan, Tan tidak menganggap kekurangan ini sebagai cabaran untuk menjana pendapatan sambil berkhidmat untuk orang ramai. 

Selain fungsi chat dalam aplikasi Lalamove Driver, Tan kerap bergantung kepada Whatsapp untuk berkomunikasi dengan pelanggannya.

Gambar: Lalamove

Sejak menyertai Lalamove pada bulan Februari 2021, Tan bersyukur kerana tidak pernah mengalami diskriminasi dari pejabat Lalamove dan pelanggan-pelanggannya. 

Fleksibel dan selamat

Selain peluang pekerjaan yang terbuka untuk sesiapa saja, salah satu tarikan untuk menjadi rakan penghantar Lalamove adalah fleksibiliti untuk bekerja mengikut masa sendiri.

Hal ini terbukti dengan Erni, seorang personaliti media sosial yang aktif berkongsi pengalamannya sebagai rakan penghantar kereta Lalamove di YouTube

Gambar: Lalamove

Pengalaman-pengalaman ini adalah hasil daripada inisiatif Erni sendiri untuk mencari wang tambahan secara separuh masa sambil menunggu peluang pekerjaan yang tetap.

Sebagai seseorang yang gemar memandu kereta, Erni berpendapat memenuhi pesanan-pesanan penghantaran Lalamove merupakan jalan yang praktikal dan selamat untuk mendapatkan wang saku tambahan, lebih-lebih lagi untuk pemandu wanita.

Dengan strategi mengambil pesanan-pesanan dengan jarak 10 kilometer ke atas, pendapatan yang melebihi RM100 sehari sudah menjadi lumrah untuk Erni!

Jom join Lalamove!

Adakah anda ingin mengikut jejak langkah Izzat, Tan dan Erni yang telah berjaya mendapatkan pulangan dari segi kewangan dan masa yang diluangkan dengan Lalamove?

Anda boleh je join Lalamove bila-bila masa kerana pendaftaran untuk menjadi rakan penghantar mereka dibuka sepanjang masa!

Lalamove menerima permohonan dari pemilik motosikal, kereta, van, pickup 4 x 4, lori 1 tan dan lori 3 tan dengan lesen yang sah untuk menyertai mereka.

Kalau anda yang memiliki lori cold truck, macam mana pula? Tiada masalah, Lalamove memang perlukan lori cold truck pun!

Buat masa ini, Lalamove sedang merekrut lebih ramai rakan penghantar di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Ikut je langkah-langkah mudah di bawah ini untuk mendaftar:

  1. Daftar di laman web Lalamove*.
  2. Tonton video ‘Latihan Maya’ dan berikan perhatian semasa menonton
  3. Jawab kuiz yang menyusul selepas video ‘Latihan Maya’. Markah untuk lulus ialah 25/35.
  4. Jika anda lulus, anda perlu memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk meneruskan permohonan anda
  5. Muat turun aplikasi Lalamove Driver di App Store atau Google Play Store. Masukkan nombor telefon anda untuk mengaktifkan aplikasi dan mendapatkan pengesahan status sebagai rakan penghantar Lalamove

Tip: Jika anda menghadapi masalah untuk meneruskan langkah-langkah di atas selepas langkah yang pertama (mendaftar di laman web Lalamove), anda boleh menyambung langkah-langkah seterusnya di aplikasi Lalamove Driver. Anda hanya perlu mengikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi tersebut.

Nak baca cerita-cerita lain mengenai pengalaman rakan-rakan penghantar Lalamove? Baca artikel mereka – Steady Je Buat Delivery Job Dengan Lalamove!

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'