Siakap Keli

KWSP Umum Anda Kini Boleh Semak Status Permohonan i-Citra Dari Semasa Ke Semasa Di Pautan Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kemas kini di laman facebook sebentar tadi bahawa orang ramai kini sudah boleh mula menyemak status permohonan i-Citra dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang mahu membuat semakan boleh melakukannya melalui pautan ini: https://icitra.kwsp.gov.my

Terdahulu, para pencarum dibenar membuat pengeluaran maksimum RM 5,000 melalui program i-Citra ini. Bagaimanapun, jumlah berkenaan bergantung kepada baki simpanan yang dimiliki oleh pemohon.

Permohonan i-Citra dibuka bermula 12 Julai lalu hingga 30 September ini.

 

 

Sumber: KWSP

 

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.