Siakap Keli
Gambar: Bernama

Rakyat Tersepit Dengan Hutang, Ini Antara Bantuan Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang

“Man, boleh pinjam duit sikit tak Man? Aku dah buntu taktau nak cari duit kat mana lagi ni Man. Sejak kita kena ‘lockdown’ ni, gaji aku kena potong. Aku nak kena beli  pampers dan susu anak aku. Tu belum cerita nak kena bayar hutang kereta dan rumah dekat bank. Tolonglah Man.”

Itulah antara keluhan yang kedengaran dalam kalangan rakyat Malaysia sejak  pandemik Covid-19 membadai negara dan memaksa ‘lockdown’ atau PKP dilaksanakan bagi membendung penularan wabak ini.

Covid-19 dan kesannya terhadap aktiviti ekonomi negara, telah memberi impak yang besar terhadap pendapatan individu akibat hilang pekerjaan, dipotong gaji dan sebagainya yang membuatkan mereka tidak berupaya menyara keluarga, sekaligus dibebani hutang.

Di tengah-tengah keluh kesah rakyat ini, kerajaan sentiasa peka dan telah  memperkenalkan pelbagai langkah bantuan. Cuma mungkin ada yang terlepas pandang atau ada yang tidak begitu tahu cara mendapatkannya.

Contohnya di bawah PEMULIH – Pakej Perlidungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang diumumkan baru-baru ini, pelan bantuan terhadap rakyat adalah menyeluruh dan meliputi semua golongan.

Moratorium PEMULIH

Bagi meringankan beban hutang individu, kerajaan telah mewartakan bantuan moratorium bank yang bernilai RM 80 bilion selama 6 bulan kepada kesemua peminjam yang terkesan, bermula 7 Julai 2021.

Berbeza dengan bantuan moratorium terdahulu seperti yang diumumkan dalam pelan insiatif PEMERKASA+, pakej moratorium yang terdapat dalam PEMULIH telah ditambah baik.

Selain kelulusan diberikan secara automatik kepada semua peminjam yang terjejas, moratorium kali ini juga tiada faedah terkompaun dan tiada caj penalti. Semua peminjam layak mendapat moratorium selama 6 bulan tanpa sebarang syarat atau bukti pengurangan pendapatan atau hilang pekerjaan.

Kategori penerima

Semua peminjam individu dalam golongan B40, M40 atau T20 layak menerima moratorium yang ditawarkan ini.

Bagi usahawan mikro pula, tiada lagi syarat dikenakan. Ini bermakna kesemua peminjam layak mendapat moratorium ini walaupun pinjaman melebihi RM150k.

Pengusaha PKS yang terjejas pula bergantung pada semakan dan kelulusan daripada  pihak bank.

Cara memohon

Peminjam yang ingin memohon moratorium ini hanya perlu mendatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan sahaja.

Ini kerana, variasi kontrak atau perjanjian, perlu dimeterai, agar ia sah di sisi undang-undang. Proses tersebut juga sangat mudah dan tidak membebankan serta mendapat kerjasama bank-bank.

Namun begitu moratorium ini bukanlah payment holiday, kerana ia sebenarnya untuk memberikan kelegaan kepada peminjam dalam menguruskan aliran tunai, maka sebaiknya kemudahan ini digunakan dengan berhemah. BNM atau ABM/AIBIM akan memberi penjelasan lanjut mengenai faedah terakru dan faedah terkompaun. Bagi yang memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan secara percuma, boleh layari laman sesawang AKPK ini.

Untuk jawapan kenapa ia dibuka kepada PKS yang terjejas sahaja dan tidak dibuat secara automatik, adalah kerana tidak semua individu atau perniagaan yang terjejas akibat daripada pandemik ini dan mungkin mereka tidak memerlukan moratorium. Yang diutamakan ialah ia membantu peminjam yang menghadapi kesukaran dan moratorium ini adalah dijamin, diberikan secara mudah dan efisien.

Program subsidi upah

Di bawah inisiatif PEMULIHAN ini juga, Program Subsidi Upah turut ditambahbaik dan diperluaskan. Sejak ianya diperkenalkan, kerajaan telah membelanjakan sebanyak lebih RM15 bilion dalam usaha untuk membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja.

Oleh kerana respon yang positif diterima berhubung dengan program ini, kerajaan akan melaksanakan Program Subsidi Upah 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka akan memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja dan 242,000 majikan.

Penambahbaikan Program Subsidi Upah

-Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan berbanding 200 pekerja pada sebelum ini dengan kadar sebanyak RM600 ringgit setiap pekerja selama sehingga 4 bulan (2 bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN + 2 bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga)

-Tiada lagi had gaji yang ditetapkan. Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000 sebulan.

-Untuk permohonan, semakan atau kemas kini sila klik SINI.

-Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, sila klik SINI.

Nombor Telefon Bank

Berikut merupakan senarai nombor telefon pihak bank yang boleh dihubungi:

Nama Bank No Telefon
Affin Bank Berhad 03-8230 2222
Al Rajhi Banking &
Investment Corporation (Malaysia) Berhad
03-2332 6000
Alliance Bank Malaysia Berhad 03-5516 9000
AmBank (M) Berhad 03-2178 8888
BNP Paribas Malaysia Berhad 03-2179 8361
Bank Islam Malaysia Berhad 03-2690 0900
Bank Muamalat Malaysia Berhad 03-2600 5500
CIMB Bank Berhad 03 6204 7788
Citibank Berhad 03-2383 0000
HSBC Bank Malaysia Berhad 1300 88 1388
Hong Leong Bank Berhad 03-7959 1888
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad 1300 888 534
MUFG Bank (Malaysia) Berhad 03-2034 8000
Malayan Banking Berhad  1300 88 6688
MBSB Bank Berhad 03-2096 3000
OCBC Bank (Malaysia) Berhad 03-8317 5000
Public Bank Berhad 03-2179 9999
RHB Bank Berhad 03-2776 3111
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad  1300 888 888
Sumitomo Mitsui Banking Corporation
Malaysia Berhad
03-2176 1512
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd  03-2616 6800
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Bank Rakyat)
1300 800 800
Bank Pembangunan Malaysia Berhad 03-2611 3217
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) 1300 88 2476
Small Medium Enterprise Development
Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
03-2615 2020
Bank Simpanan Nasional 1300 88 1900
Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank)
03-2601 2000

Sebagai tambahan, bantuan-bantuan di bawah PEMERKASA+ ini juga merangkumi tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang baru sahaja dilancarkan. Pelan ini merangkumi empat fasa bagi membolehkan negara bebas daripada kemelut pandemik COVID-19.

Peralihan fasa PPN adalah berpandukan kepada purata kes harian baharu,tahap penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratus populasi yang divaksinasi sepenuhnya. PPN membolehkan rakyat, perniagaan dan pelabur membuat perancangan sewajarnya apabila Malaysia beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

PPN memberi kepastian dan kejelasan khususnya kepada sektor ekonomi dan sosial yang akan dibenarkan beroperasi semula apabila nilai ambang tertentu dicapai.

Aqmal Ezany

I write what is right