Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tarikh Pelaksanaan Vaksinasi ‘Walk-In’ Warga Emas Akan Diumumkan Kelak – CITF

Tarikh pelaksanaan vaksinasi ‘walk in’ warga emas akan diumumkan kelak, maklum Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

Dalam kenyataan itu, tarikh pelaksanaan tersebut akan diumumkan kemudian bagi membolehkan perancangan inisiatif tersebut dimuktamadkan. Contohnya, urusan logistik dan penghantaran bekalan stok vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin.

Selain itu, susunan waktu inisiatif ‘walk in‘ tersebut perlu dirancang bagi mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas.

Dalam kenyataan yang sama, pihak CITF menasihati agar warga emas tidak hadir ke mana-mana PPV bersama pengiring sekiranya tidak mempunyai janji temu vaksinasi pada hari esok.

Keadaan ini sehinggalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif diumumkan dalam masa terdekat.

May be an image of text

Sumber: JKJAV

Nurul Nabila