Siakap Keli

(Video) Enggan Diperiksa Polis, Lelaki Tinggalkan 4×4 Atas Trek Keretapi

ENGLAND- Pemandu larikan diri dari polis dan tinggalkan kereta 4×4 diatas landasan keretapi.

Pada awalnya, dua polis (lelaki dan perempuan) meminta pemandu untuk keluar dari kereta untuk pemeriksaan, namun, dia terus memandu di stesen keretapi Cheshunt.

Sebuah rakaman CCTV dari sebuah kediaman menunjukkan pegawai polis wanita meminta pemandu keluar sebelum pegawai polis lelaki pula.

Tetapi pemandu enggan dan memandu keretanya dengan kelajuan tertinggi dan secara tiba-tiba mengundurkan keretanya.

Menurut The Sun, kedua-dua pintu kereta itu dibuka tetapi pemandu tidak mengendahkan pegawai-pegawai itu dan terus memandu.

Pegawai wanita itu berjaya “melepaskan diri”, manakala pegawai lelaki diseret. Pemandu itu menghentikan keretanya secara tiba-tiba dan pegawai itu terpelanting keatas jalan.

“Tiada yang cedera,” kata polis.

Kemudiannya, dia memandu kearah landasan keretapi. Akhirnya, dia meninggalkan kereta diatas landasan keretapi tersebut.

Sekurang-kurangnya 10 kereta polis, ambulans dan bomba tiba di lokasi kejadian. Polis memasang pita amaran bagi mengahalang orang ramai mendekati lokasi.

Disebabkan itu, keretapi di Hertfordshire, London, Essex dan Cambridge terpaksa ditunda hingga jam dua petang.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah