Kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap dos vaksin COVID-19 akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara pada minggu depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian seperti yang dilaporkan BERNAMA menerusi ciapan berita ringkas di Twitter hari ini.
Selain itu, syarikat farmaseutikal Pharmaniaga dilapor telah melengkapkan pembekalan 12.4 juta tempahan vaksin Sinovac untuk mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Dalam laporan lain, Muhyiddin juga memaklumkan bahawa 88.60 peratus daripada 3.025 juta warga emas berdaftar telah diberi suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos setakat ini.
Berita lanjut menyusul.
Kelonggaran bagi individu lengkap dos vaksin COVID-19 diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan – PM@MuhyiddinYassin @jpmgov_ @JKJAVMY @MKNJPM @KKMPutrajaya pic.twitter.com/HTDUTgKKdt
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 17, 2021
Pharmaniaga lengkapkan pembekalan 12.4 juta tempahan Sinovac untuk percepatkan PICK – PM@MuhyiddinYassin @jpmgov_ @JKJAVMY @MKNJPM @KKMPutrajaya @pharmaniaga_bhd pic.twitter.com/bJTs458O2Q
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 17, 2021
88.60% daripada 3.025 juta warga emas berdaftar telah divaksin sekurang-kurangnya satu dos – PM@MuhyiddinYassin @jpmgov_ @JKJAVMY @MKNJPM @KKMPutrajaya pic.twitter.com/wSHeSCtVTm
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 17, 2021
Sumber: BERNAMA