Siakap Keli
Gambar: @teacherizan

(Video) Hanya Guna Soletip, Wanita Kongsi Cara Nak Sapu Rambut Di Lantai Supaya Tak Terbang

Pasti ramai diantara kita yang ketika mengemas rumah pernah mengalami masalah susah nak sapu rambut.

Bila nak sapu, asyik terbang je. Manakan tidak, bila ditiup angin je habis bersepah balik rambut-rambut yang disapu tu.

Kini, anda tidak perlu pening lagi kerana seorang pengguna TikTok bernama @teacherizan ini ada kongsikan cara mudah untuk sapu rambut.

Dalam video tu, cara yang digunakannya itu amat mudah sekali. Cuma perlu melekatkan soletip pada penyapu anda sahaja.

Kemudian, jika anda menyapu rambut atau habuk yang berada di lantai, ianya akan melekat terus kepada seletip itu.

Mudah bukan?

Video tersebut pun lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 700 ribu kali.

@teacherizan

rambut selalu sepah kat lantai 🥴 #cikgu

♬ Creative – SmiLE

Sumber:

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.