Siakap Keli

(Video) Mulanya Nak Tahan Kes Lalu Lintas, Polis Terpaksa Selamatkan Nyawa Lelaki Cuba Telan Kanabis

Pasukan Peronda Bandar Ohio (OSHP) menyelamatkan nyawa seorang lelaki pada 8 Julai selepas lelaki tersebut bertindak menelan sebungkus kanabis.

OSHP mengatakan lelaki bertindak demikian selepas ditahan kerana memandu dengan berbahaya.

“Jangan cuba menelan bungkusan kanabis walaupun anda cuba mengelakkan pegawai menemuinya (bungkusan),” kata Pasukan Peronda Bandar Ohio dalam Twitter rasmi mereka.

Selain itu, lelaki itu dilaporkan tidak memakai tali pinggang keledar dan dikenakan tuduhan melanggar undang-undang atas tuduhan memiliki kanabis.

Sumber: new4jax.com

Atiqah Aliah