Siakap Keli

32 Lokaliti Dikenakan PKPD Melibatkan 4 Negeri Termasuk Kelantan

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 32 buah lokaliti di empat(4) buah negeri iaitu Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak bermula 20 Julai hingga 2 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, antara lokaliti yang terbabit ialah Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan dan Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching, Sarawak.

Sementara itu, di Sabah pula melibatkan Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-ranau, Sipitang; Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya, Kuarters Kilang Permai Kaya, Mukim Likas, Kota Kinabalu; Kampung Muhibbah, Beaufort; Ladang Agathis, Kalabakan.

Tambahnya dalam kenyataan media tersebut, turut dikenakan PKPD juga, Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru, Sipitang; Kampung Dandulit Matunggong, Kudat; Kampung Bakalau, Beaufort dan Kampung Nosoob, Penampang, Sabah.

Selain itu, di Perak melibatkan Taman Melor Fasa 1, Hilir Perak; Kampung Batu 19 ½ dan Kampung Batu 20, Mukim Batu Kurau, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS); Taman Awam 3 Bidor dan Taman Permata Bidor; Taman Sri Bidor; Taman Bidor Jaya, Kampung Cegar Tambahan dan Kampung Cegar, Mukim Bidor, daerah Batang Padang.

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat
lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah berkuatkuasa 20 Julai hingga 2 Ogos.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.