Siakap Keli
Foto: Azuan Abdullah

Bancuh Sendiri Racun Serangga Untuk Tanaman, Guna Bahan-Bahan Dari Dapur Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu kita dengar masalah pekebun adalah apabila tanaman mereka diserang serangga perosak seperti ulat, belalang malah bena putih antara ancaman terbesar kepada pokok cili. Mungkin ramai yang cadangkan untuk menggunakan racun kimia sahaja, tetapi ia akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan kita nanti.

Sebenarnya, kita boleh buat sendiri racun serangga ini hanya menggunakan bahan-bahan dari dapur kita sahaja. Ya, benar ia sangat mudah dan sekaligus menjimatkan duit.

Jom, kami kongsikan cara yang paling mudah mengikut perkongsian daripada pengusaha kebun kecil yang dikenali sebagai Azuan Abdullah ini. Kalau korang ikut cara beliau, memang selamat dan terhindar dari bahaya bahan kimia lain.

Cecair yang saya pegang tu bukan carrot susu ya sahabat. Kami panggil “Instant Control”. Ianya merupakan biopesticid. Nama mudahnya adalah “racun organik serangga”.

Ianya adalah campuran bawang putih yang diblender + cili api yang diblender + sabun buku cap kapak yang direbus hingga hancur.

Manfaatnnya sangat bagus dan banyak. Kira instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah perosak dikebun dapur rumah saya.

Bila guna ni, boleh dikatakan 95% pokok bebas dari serangan perosak. Yang seronoknya, boleh elakkan pokok cili jadi kerinting.

Perosak utama yang sebabkan pokok cili jadi kerinting seperti thrips, afid, hamama dan white fly memang takut dengan cecair oren ni. Panas dan pecah perut bila mereka kena cecair ni.

Paling best kita boleh campur instant control ni dengan foliar organik dan biopesticid lain. Kira macam buat coktail la. Tak ada masalah dan keberkesanannya memang power.

Biasanya saya akan guna gabungan ini untuk rutin sekali seminggu bagi semua tanaman di rumah saya.

Untuk 1 liter air:

  • 20 ml instant control
  • 5 ml mol ikan (FAA)
  • 3 ml mol buahan (kulit nanas)
  • 2-3 ml cuka kayu
  • 2-3 ml pencuci pinggan (sunlight).

Jika guna lebih daripada 1 liter air, sahabat boleh gandakan sendiri ya. Campur semua bahan ni dalam air dan masukkan dalam alat penyembur.

Lepas tu sembur sekali seminggu pada semua tanaman. Eloknya sembur awal pagi atau lewat petang.

Untuk tanaman cili, buat semburan 3 kali seminggu. 1 kali dengan campuran diatas. 2 kali lagi dengan instant control + cuka kayu + sunlight.

Cukup dah kot pasal fungsi instant control ni. Lain kali saya kongsi pula step by step cara nak buat instant control ni.

 

Sumber: Azuan Abdullah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang