Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Banyak Kali Saya Tegaskan, Kerajaan Tidak Berkompromi Dengan Kilang Yang Melanggar Arahan & SOP” – Ismail Sabri

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Kanan (Keselamatan) turun padang untuk pemeriksaan terhadap kilang yang dipercayai melanggar SOP.

Dalam pemeriksaan OP PATUH itu, sebanyak dua kilang telah dilawati di Selangor yang didapati tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dan berputus asa memerangi kilang-kilang degil dan akan mengambil tindakan sepatutnya ke atas pihak terlibat.

Banyak kali saya tegaskan, kerajaan tidak berkompromi dengan kilang yang melanggar arahan dan SOP. Hari ini(17 Julai) saya menyertai OP PATUH membuat pemeriksaan terhadap 2 kilang di Selangor.

Saya difahamkan kedua-dua kilang ada kesalahan melanggar arahan dan SOP. Pihak PDRM pasti akan mengambil tindakan sepatutnya.

Saya tidak berputus asa untuk memerangi kilang-kilang yang degil ini.

OP PATUH akan diteruskan dengan membuat pemeriksaan pematuhan kilang dan operasi perniagaan yang lain dan tindakan tegas pasti diambil termasuk penutupan kilang dan kompaun jika didapati melanggar arahan dan SOP.

Gambar: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Gambar: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sumber: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Amira

Love yourself.