Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Boleh Dijangkiti Dalam Tempoh 15 Saat,” Ini Yang Anda Kena Tahu Mengenai Varian Baharu Delta COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsikan kepada orang ramai mengenai varian baharu Delta Covid-19 menerusi media sosial.

Berdasarkan infografik mengenai varian baharu Delta itu, seseorang boleh dijangkiti COVID-19 dalam tempoh hanya 15 saat. Di samping itu, varian ini mempunyai nilai kebolehjangkitan (Rt) yang lebih tinggi berbanding varian lain iaitu sebanyak 5-8 berbanding 2.5-3.

Menerusi infografik itu juga, seseorang boleh berjangkit dengan cepat di tempat yang sempit dan ruang pengudaraan yang tidak baik.

Oleh hal yang demikian, KKM menasihati semua agar terus mengamalkan pemakaian pelitup muka dengan betul, penjarakan fizikal 1 meter dan elakkan ke tempat yang sesak dan sempit.

Sumber: KKM

Nurul Nabila