Siakap Keli
Gambar: IndiaTimes & Twitter

Sekitar 40 Orang Dilapor Terjatuh Ke Dalam Perigi Ketika Operasi Selamatkan Seorang Budak, 11 Maut

Sebuah kejadian mengerikan telah berlaku di daerah Vidisha, Madhya Pradesh, India apabila operasi menyelamatkan seorang kanak-kanak dari dalam perigi telah mengakibatkan puluhan orang terjatuh ke dalamnya.

Menurut India Times, 11 orang dilaporkan maut dan mayat mereka telah ditemui manakala 19 orang lagi berjaya diselamatkan. Tambah portal itu, sekitar 40 orang yang berkumpul sekitar perigi itu terjatuh ke dalamnya apabila tembok perigi itu retak.

Vishwas Sarang, Menteri Pendidikan Perubatan mengatakan bahawa operasi menyelamatkan kanak-kanak itu akhirnya tamat, namun dia merupakan mayat terakhir yang dikeluarkan dari perigi.

Kemalangan tersebut dikatakan bermula apabila kanak-kanak itu jatuh pada petang Khamis lalu (15/7). Beberapa orang dipercayai berusaha turun untuk menyelamatkannya manakala selebihnya berkumpul mengelilingi perigi tersebut. Walau bagaimanapun, semuanya dilaporkan telah jatuh apabila tembok perigi tersebut retak.

Penduduk kampung mengatakan bahawa ketua kampung dan pentadbiran tempatan harus dipersalahkan atas kemalangan itu. Menurut salah seorang penduduk, “Perigi adalah satu-satunya sumber air untuk 700 buah keluarga di kampung. Sebilangan besar orang datang ke sini untuk mengambil air.”

Gambar: Indiatimes

Tambahnya lagi, “Tembok keselamatan perigi lemah dan penduduk kampung telah memaklumkan kepada ketua kampung dan setiausaha mengenainya. Sekarang, budak itu telah jatuh ke dalamnya”.

Menurut Perdana Menteri, Shivraj Singh Chouhan mengatakan bahawa mereka yang berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan sedang menjalani rawatan di hospital. Beliau dilaporkan telah mengucapkan takziah atas kepada keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan.

Beliau turut mengumumkan bahawa pampasan akan diberikan kepada keluarga tersebut sebanyak Rs 5 lakh (RM28,230). Kerajaan negeri juga akan memastikan mereka yang cedera diberikan rawatan dan memberikan bantuan masing-masing sebanyak Rs 50,000 (RM2,823).

Sumber: IndiaTimes/IndiaToday/HindustanTimes

Nurul Nabila