Siakap Keli
Gambar: Daily Star

(Video) Detik Cemas Dipercayai Budak Diculik Dan Cuba Dilarikan Sebelum Berjaya Diselamatkan Oleh Ibu Mangsa

Tular sebuah video melalui rakaman CCTV baru-baru ini apabila seorang lelaki cuba untuk menculik budak berusia 5 tahun di Queens, New York City. Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu (16/7) apabila seorang wanita dikatakan sedang berjalan bersama tiga orang anaknya di kawasan itu, lapor Daily Star.

Menurut sumber, suspek dilaporkan telah keluar dari sebuah kereta mewah yang diparkir di pinggir jalan dan dengan pantas menuju ke arah anak bongsu wanita itu. Suspek dipercayai telah menarik budak itu dan mendukungnya lalu dimasukkan ke tempat duduk belakang keretanya.

Dolores said a man emerged of his car and grabbed her youngest son in front of her

Wanita yang merupakan ibu mangsa begitu terkejut sehingga menjerit, ‘Oh Tuhan, anakku!’. Namun, wanita itu bertindak pantas apabila terus meluru ke arah kereta tersebut untuk menarik anaknya kembali.

Dia dilaporkan telah menarik lengan anaknya sementara anak-anaknya yang lain berusaha membuka tingkap kereta tersebut. Mangsa yang ketakutan itu dipercayai selamat dibawa keluar namun suspek berjaya melarikan diri dengan keretanya.

She and her two other children pulled little Jacob out of the back seat of the car before the suspects drove off

Berdasarkan portal, dua orang saksi lelaki yang baru menyaksikan kejadian itu cuba menghalang kereta itu namun suspek telah memandu dengan lajunya.

Jelas ibu mangsa, “Kereta itu hanya diparkir di sana. Saya tidak pernah membayangkan bahawa seorang lelaki akan keluar dari kereta dan mengambil anak saya. Anda harus selalu memperhatikan persekitaran dan tidak menggunakan telefon anda”.

Kejadian itu akhirnya menyebabkan anak-anak wanita tersebut menjadi trauma dan enggan keluar dari rumah sejak itu. Sementara itu, suspek pula telah ditemui di hospital ketika sedang mendapatkan rawatan dan akhirnya dibawa ke tahanan.

Suspek telah didakwa dengan cubaan menculik, membahayakan dan bertindak dengan cara yang memudaratkan kepada seorang kanak-kanak. Pihak polis dikatakan telah meminta pertolongan orang ramai bagi mengenal pasti seorang lagi suspek yang bersembunyi di dalam kereta itu ketika kejadian.

Dia dilaporkan berusia antara 50 hingga 60 tahun, berkaca mata. Malah, dia terakhir dilihat ketika sedang memakai baju kemeja-T berwarna oren, seluar jeans biru dan kasut hitam.

Sumber: Daily Star/Daily Mail

Nurul Nabila