Kedatangan hari mulia Hari Raya Aidiladha adalah satu simbolitk bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah korban. Walaupun tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya tetapi ia dijalankan mengikut SOP yang ketat.
Jadi, ramailah yang akan dapat daging-daging ‘fresh’ sepanjang Hari Raya Haji ini kan? Peti sejuk pastinya penuh dengan daging korban. Apatah lagi jika kita sendiri yang menjalankan ibadah korban, lagi banyaklah daging yang akan diterima.
Untuk memastikan daging korban tersebut bertahan lama dan berada dalam keadaan yang baik, penting untuk kita tahu cara-cara yang betul untuk menyimpan dan menyahbekukan daging tersebut.
Kalau salah simpan, kemungkinan daging korang akan busuk. Tentu ada yang ingin tahu cara yang betul menyimpan daging berkilo-kilo di dalam peti ais kan. Jadi, jom ikuti perkongsian daripada Facebook Sazly Tulih tentang cara penyimpanan dan menyahbekukan daging dengan cara yang betul dan bersih.
PKP Fasa 1 dan 2 masih berjalan. Ibadah korban juga boleh dilaksanakan tetapi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Jom baca sedikit perkongsian saya ini. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha PKP.
Sedikit perkongsian tentang daging korban.
1. Jangan masukkan terus daging bersama plastik yang tidak bersih terus ke peti sejuk.
2. Buang bendasing yang terlekat pada daging seperti daun pisang, pasir atau sepihan kayu.
3. Potong daging kepada bahagian lebih kecil dan dimasukkan ke dalam bekas plastik berpenutup mengikut kegunaan biasa di rumah.
4. Letak di bahagian sejukbeku yang suhunya sama atau kurang dari – 18°C. Ada juga petua yang mengatakan letak di bahagian chiller sebentar, sebelum terus di letak pada bahagian sejukbeku.
5. Asingkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus (RTE) seperti ais krim supaya mengelakkan pencemaran silang berlaku.

Satu lagi langkah yang perlu kita tahu sebelum memasak daging adalah proses nyahbeku.
Nyahbeku adalah proses pencairan bahan mentah. Tujuan nyahbeku adalah supaya ais pada bahagian dalam daging turut cair dan apabila proses memasak dijalankan, daging akan masak sekata.
Di sini saya kongsikan kaedah menyahbeku/thawing dengan cara yang betul.
3 kaedah menyahbeku/thawing yang selamat:
1. Chiller
Daging yang ingin dinyahbeku di keluarkan dari ruang sejukbeku dan letakkan di dalam chiller.
Pastikan letak daging berkenaan di dalam bekas dan letak di para paling bawah; ini dapat mengelakkan cairan ais atau darah mencemarkan makanan lain di dalam peti sejuk berkenaan
2. Aliran air
Setelah keluarkan daging dari ruang sejukbeku, daging diletakkan di dalam bekas (mangkuk, pinggan)
Kemudian, alirkan air pada suhu bilik ke atas bahan mentah berkenaan
Pastikan air berkenaan sentiasa mengalir bukan terendam di dalam air yang sama
Tempoh: Maksima 2 jam
3. Microwave
Jika guna microwave, tekan setting defrost.
Sumber: Sazly Tulih