Inisiatif ‘walk in‘ di Selangor dan Kuala Lumpur pada 1 Ogos adalah untuk golongan yang belum mendapat janji temu selepas tarikh tersebut dan bukan yang sudah menerima janji temu masing-masing, maklum CITF.
Dalam kenyataan media itu, golongan yang belum mendapat janji temu adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan. Bagi mereka yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Bagi yang masih belum mendaftar pula digalakkan untuk mendaftar vaksin secepat mungkin.
Di samping itu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi Ogos nanti juga dilaporkan akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak. Oleh itu, PPV yang terkini tidak semestinya dibuka untuk ‘walk in‘ akan datang.
Dalam kenyataan yang sama, CITF berpesan kepada orang ramai yang telah menerima janji temu vaksin agar menghadirinya mengikut tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.
Inisiatif walk-in di Selangor dan KL adalah untuk yang BELUM mendapat janji temu selepas 1 Ogos & BUKAN untuk yang sudah terima janji temu.
๐๐ฎ๐ด๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ต ๐บ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐ท๐ฎ๐ป๐ท๐ถ ๐๐ฒ๐บ๐, ๐๐ถ๐น๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐๐๐ต๐ถ ๐ท๐ฎ๐ป๐ท๐ถ ๐๐ฒ๐บ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฝ๐ธ๐ฎ๐ป. pic.twitter.com/LMSMAxk2wd
— Vaksin COVID-19 ๐ฒ๐พ (@JKJAVMY) July 19, 2021
Sumber: JKJAV